Thursday, August 6, 2015

Kelas untuk Staf Korporat 5 & 6 Aug 2015

Kelas untuk Staf Korporat 5 & 6 Aug 2015

Surat dari peserta:

1) Firstly BERSYUKUR SANGAT dapat join kelas belajar Teknik.

Sangat membantu saya dalam memahami ayat Al-Quran.

Selalu pergi kelas Arab tetapi still tak nampak macam mana nak relate dengan ayat AlQuran (memahami maksud ayat yang dibaca)

Surat 2:

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk sertai kelas.

BANYAK MANFAAT yang dapat.

Selama ini membaca Quran secara KOSONG, at least sekarang boleh start faham sedikit apa isi al-quran.

Sekarang perlu jadikan Al-quran sebagai novel, baca Quran macam baca NOVEL!

Mohon halal ilmu yang dicurahkan

Surat 3:

Alhamdulillah terbuka hati untuk memahami AlQuran

Faham Bacaan Solat, mendatangkan RASA SEDIH & KUSYUK untuk bersolat; tidak tergesa-gesa solat sebab faham makna bacaan

Surat 4:

Alhamdulillah, diketemukan dengan Puan.

Sangat BERSYUKUR Allah makbulkan DOA saya untuk mendalami ilmu ALQuran.

Teknik yang BAGUS dan MUDAH difahami dan harap saya dapat salurkan kepada anak dan sahabat dan saudara seislam


Saturday, July 4, 2015

Surat Mencari 'Rasa'

Bismillah,

Alhamdulillah, Allah sayang saya.

Sudah 32 tahun saya mencari-cari 'rasa' itu.

Selama ini saya baca Quran tanpa 'rasa' - kosong.

Alhamdulillah hari ini saya sudah jumpa 'rasa' itu.

Allah sudah berikan saya 'rasa' yang saya cari selama ini.

Thank you Allah <3 May Allah bless you Puan Norhaini :)

Surat Sebak

Program yang bermanfaat.

Teknik yang berkesan. Memang sebak bila dpat faham sambil mendengar bacaan itu dibaca. Terima kasih!

May Allah bless you always

Surat terkesan dan insyallah mampu khusyuk solat

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya saya terkesan dengan bacaan Al-Quran dan solat serta saya rasa saya mampu Khusyu'

Terima Kasih

ABS Training Centre Gombak

Bismillah,
LIVE!
Sedang berlangsung Bengkel Faham Arab Al-Quran
Ok, sebak!
Peserta mata merah, saya pun sebak balik!
Mendapat sentuhan Kalam Allah itu adalah Kuasa Allah..
Subhanallah cry emoticon
Allah yang Maha Baik!
Subhanallah hari nuzul alquran peserta pelajari ilmu dariNya
Peserta yang menyejukkan hati heart emoticon
— feeling loved.





Wednesday, July 1, 2015

Pertanyaan bakal peserta #1

Soalan dari bakal peserta:

Apa yg kita akan cover dlm sessi yg agak singkat ni ye? 

Di akhir sesi ni adakah mmg kita boleh mula faham atau kita cuma belajar tips bagaimana nak faham bahasa Arab yg sebenarnya mengambil masa lebih lama? 

Harap dpt beri sedikit pencerahan. 

Terima Kasih.

Jawab:

Insyallah apa yang Tuan pelajari akan selama lebih kurang 3 jam:

1) Sedikit sebanyak tentang Al-Quran
2) Terus dikongsikan step-step ”Teknik” bagaimana untuk faham Bahasa Arab Al-Quran dengan mudah 3) Praktikal, perlu buat di dalam kelas dan dibantu oleh Speaker 4) Bagi yang sudah Berjaya dengan Teknik 1, akan diajar Teknik 2 5) Yang advance akan diajar Teknik 3
Insyallah objektif Kelas Ilmu Arab Al-Quran:
i) Menukarkan membaca Al-Quran jika sebelum ini sekadar membaca tetapi selepas menguasai teknik ini akan mendapat perasaan seperti bercakap-cakap dengan Allah dan meneliti apa yang Allah ingin sampaikan
ii) Menukarkan emosi sewaktu solat sekiranya sebelum ini hanya menghafal bacaan al-quran kepada merasakan perbualan kita dengan Allah (the soul)
iii) Apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran di corong radio, di masjid atau di mana-mana dapat meneka-neka ayat Al-Quran tersebut dengan maksud yang betul
Nota: Teknik ini adalah hasil hampir 2 tahun diaplikasikan oleh Speaker. Yang baik datangnya dari Allah, yang salah datangnya dari diri Speaker itu sendiri.
Speaker mahu berkongsi perasaan nikmatnya memahami ayat Al-Quran sewaktu membacanya di dalam bahasa Arab. Mudah-mudahkan peserta mendapat manfaat.

Baca feedback dari peserta kursus disini: Surat dari Peserta

Jiwa bergetar hingga sebak dan mata jadi berkaca. Ia hadiah istimewa Ramadhan yang mulia.

:: Catatan malam ::
Allah punya perancangan. Pertama kali ke preview Fahami Bahasa Arab Al Quran di ABS, lebih setahun lalu. Ia amat membuka mata dan minda. Sejak itu saya selalu menanti bilakah peluang untuk saya dalami. Indahnya kalam Allah untuk dihayati.
Saya sudah lama booking untuk kelas ini minggu hadapan. Sampai sudah lupa! Bila dihubungi urusetia untuk pembayaran, barulah saya teringat. Tetapi, ada pertindihan urusan. Sukar untuk saya memilih. Termenung dan gusar mana satu mahu pergi. Jadi, saya serah pada Allah dengan yakin.
Hasilnya, hari ini saya dihadiahkan kelas ini. Beberapa kali saya ditanya, bagaimana saya dapat info ini. Saya seolah tidak ingat bagaimana, bila dan di mana. Ia serba dipermudah. Pelbagai urusan dan temujanji pada waktu kelas ini, digerakkan awal. Dan selesai dengan lancar. Hingga ada masa saya menempuh perjalanan 25 minit ke lokasi. Sempat juga, berpatah balik ke rumah mengambil Al Quran perkata.
Sampai dikelas, saya beremosi. Ia sesuatu yang saya amat mahu. Allah beri dengan kemudahan. Intipati teknik dan ajaran amat menakjubkan. Jiwa bergetar hingga sebak dan mata jadi berkaca. Ia hadiah istimewa Ramadhan yang mulia.
Seperti kata Puan Norhaini Sulaiman yang cantik paras dan hatinya, "Cintailah Allah dengan yakin, DIA akan mencintai kita. Baca dan hayatilah surat cintanya (al-Quran) waktu suka dan duka. Pelbagai kisah tercatat untuk bacaan semua"
Allahu. Apabila sudah tahu satu persatu isi kalam indah ini, jiwa seolah terisi. Apalah urusan dunia, jika urusan di sana serba dipandu.
Banyaknya urusan saya yang Allah bantu sejak di dalam kelas ini lagi. Ramainya insan hebat yang Allah kirim untuk sama memikul berat cabaran.
Puan Siti Ismani Sihab
Diambil dari post beliau: https://www.facebook.com/ctismani/posts/10203787484281559